PROGRAM SAHABAT MAKTAB PERKUKUH OPERASI MASYAIR HAJI MALAYSIA 1446H/2025M
Program ini memberi peluang kepada jemaah yang berkemahiran dan berminat untuk tampil secara sukarela membantu 610 petugas menyantuni jemaah haji yang lain ketika operasi itu, terutama warga emas.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun bergambar bersama jemaah haji pada Majlis Pelantikan Sahabat Maktab di sini. — fotoBERNAMA
MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) memperkukuh Program Sahabat Maktab bagi melancarkan pengurusan jemaah haji Malaysia di sini, khususnya semasa operasi Masyair.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata program ini memberi peluang kepada jemaah yang berkemahiran dan berminat untuk tampil secara sukarela membantu 610 petugas menyantuni jemaah haji yang lain ketika operasi itu, terutama warga emas.
“Operasi Masyair ialah satu fasa ibadah haji yang sangat mencabar dan memerlukan kerjasama serta penglibatan ramai pihak. Ia melibatkan urusan menaiki dan menuruni bas, pengagihan jemaah ke khemah, serta bantuan fizikal kepada jemaah uzur seperti penggunaan kerusi roda atau iringan ke tandas.
“Justeru, peranan Sahabat Maktab amat penting bagi memastikan kelancaran. Ia bukan sahaja membantu jemaah menunaikan ibadah dengan sempurna, tetapi juga meringankan tugas petugas dalam menyantuni para Duyufurrahman,” katanya kepada media selepas pelancaran program itu di sini baru-baru ini.
Pada musim haji tahun ini, seramai 385 jemaah dilantik sebagai Sahabat Maktab, mewakili 11 maktab di tujuh Bangunan Penginapan Jemaah Haji (BPJH) di sini, dengan 57 jemaah dari Abraj Al Tayseer telah dilantik secara rasmi sewaktu majlis pelancaran itu.
Mohd Hisham menjelaskan bahawa pemilihan Sahabat Maktab dibuat berdasarkan beberapa kriteria, termasuk kesihatan fizikal, kemahiran komunikasi, keterampilan serta motivasi tinggi, selain jemaah haji muda dan yang hadir bersama pasangan turut digalakkan menyertai program ini.
Program Sahabat Maktab dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Sahabat Maktab Ibadah yang bertanggungjawab memberikan panduan berkaitan hukum-hakam serta pelaksanaan manasik haji.
“Kategori kedua, Sahabat Maktab Perubatan melibatkan individu berkelulusan dalam bidang kesihatan seperti doktor dan jururawat. Kategori ketiga, Sahabat Maktab Kebajikan berperanan menyantuni jemaah dalam aspek sokongan harian, termasuk bantuan fizikal, pemantauan di khemah serta pengurusan umum sepanjang musim haji,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.