TUJUH LELAKI DIDAKWA KHIANAT ROSAK, TERBALIKKAN KERETA
Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kereta di persimpangan sebuah stesen minyak di Kota Masai, Pasir Gudang, Khamis lalu.
JOHOR BAHRU: Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kereta di persimpangan sebuah stesen minyak di Kota Masai, Pasir Gudang, Khamis lalu.
Muhammad Adam Abd Rahim,18; Mohammad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrison Malvin Anak Mada, 19; Shaikh Al Amin Idrus, 21; Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19; Daniel Haziq Syikhanna, 21; dan Romir Rahim, 41; mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara serentak.
Mengikut pertuduhan, ketujuh-tujuh tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan perbuatan khianat itu dengan merosakkan kesemua cermin dan pintu kereta dengan cara menumbuk, menendang, menghentak dengan menggunakan topi keledar, membaling batu serta menterbalikkan kereta jenis perodua Myvi milik Tan Jing Hui, 21, sehingga menyebabkan kerugian dengan anggaran sebanyak RM15,000.
Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menetapkan tarikh 18 Dis depan untuk sebutan semula bagi fakta kes dan untuk jatuh hukum.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di persimpangan stesen minyak Petronas Kota Masai 2, Jalan Nenas Kota Masai di sini pada pukul 9.40 malam, 3 Nov.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqiilah Ahmad Rofai menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang beserta syarat tambahan iaitu tidak menganggu mangsa dan saksi serta perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh yang tidak diwakili, memohon jaminan dikurangkan kerana empat dari mereka bekerja sebagai penghantar makanan, seorang pembaiki mesin basuh, seorang lagi sebagai peniaga topi manakala seorang lagi ialah pelajar.
Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bersama seorang penjamin setiap seorang serta syarat tambahan tidak menganggu mangsa, saksi kes serta perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan sekumpulan lelaki merosakkan sebuah kereta dipercayai Perodua Myvi berhampiran sebuah stesen minyak.
Kekecohan itu berlaku dipercayai selepas kemalangan jalan raya antara sebuah kereta dan sebuah motosikal penghantar makanan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager