TUN M JUMPA KETUA-KETUA PARTI POLITIK

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, pemimpin yang hadir termasuk Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg (GPS), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Mohamad Sabu (Amanah).

Kenyataan itu berkata Dr Mahathir juga turut mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Azmin Ali.

Esok, Dr Mahathir dijangka bertemu Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kata kenyataan itu. — AlHijrah Online

Leave a Reply