TURKI HANTAR TRAK BANTUAN KEMANUSIAAN KE IDLIB, SYRIA

Last Updated on

SUMBER FOTO: AGENSI BERITA ANADOLU

ANKARA: Organisasi Turki menghantar 10 trak bantuan kemanusiaan ke bandar barat laut Syria, Idlib,semalam yang telah dibom teruk oleh tentera rejim Bashar al-Assad.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional Turki (AFAD) bersama-sama dengan Bulan Sabit Merah Turki, Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH) dan organisasi amal menyediakan keperluan asas termasuk makanan, arang batu, khemah, pemanas dan bahan pembersih.

Agensi berita Anadolu melaporkan Syria terbelenggu dalam perang saudara sejak awal 2011, ketika rejim Bashar al-Assad menangani protes pro-demokrasi.

Sejak itu, beratus ribu rakyat Syria terbunuh dan lebih daripada 10 juta yang lain menjadi pelarian, menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Idlib terletak dalam zon de-ekskalasi yang ditetapkan dalam perjanjian antara Turki dan Rusia pada akhir 2018.

Bagaimanapun, rejim Syria dan sekutu-sekutunya secara konsisten melanggar gencatan senjata, melancarkan serangan yang kerap di dalam wilayah itu, di mana tindakan pencerobohan adalah dilarang secara jelas.

Zon de-ekskalasi kini dihuni kira-kira empat juta orang awam, termasuk beratus ribu orang hilang tempat tinggal sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat tindakan tentera rejim di negara bergolak itu. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply