Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNICEF BANTU 40,000 KANAK-KANAK LUBNAN KETIKA EKONOMI MAKIN TERUK

DUNIA

UNICEF BANTU 40,000 KANAK-KANAK LUBNAN KETIKA EKONOMI MAKIN TERUK

BEIRUT: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengumumkan semalam bahawa ia akan menawarkan bantuan kewangan kepada lebih 40,000 kanak-kanak di Lubnan bagi mengelakkan mereka hidup dalam keadaan ekonomi yang teruk, demikian menurut laporan National News Agency.

UNICEF berkata kerjasama dengan Kementerian Sosial, Program Makanan Dunia (WFP) dan Majlis Menteri-menteri bertujuan mencapai 15,000 keluarga paling terjejas dan menawarkan sokongan kewangan antara lebanese pound 160,000 (ASD105) kepada lebanese pound 640,000 (423 dolar).

“Kanak-kanak kini menjadi yang kelompok paling terjejas di tengah-tengah krisis ekonomi semasa di Lubnan,” kata Wakil UNICEF Lubnan, Yukie Mokuo dipetik Xinhuanet.

“Apabila harga naik dan rakyat kehilangan pekerjaan mereka, semua orang akan terjejas, terutamanya dalam kalangan masyarakat miskin. Ketika kami terus menyokong kerajaan untuk membangunkan Dasar Perlindungan Sosial Nasional, kami juga mahu bertindak pantas dan memberi sokongan segera, berdasarkan kemampuan kami, kepada isi rumah termiskin di negara ini, “katanya.

Sokongan tunai kepada isi rumah Lubnan ini adalah bantua tambahan selain program sedia UNICEF yang menyokong kanak-kanak Lubnan, Syria dan Palestin di seluruh negara melalui perkhidmatan asas, termasuk pendidikan, bantuan sosial, perlindungan kanak-kanak, pembangunan belia, kesihatan dan pemakanan, air dan sanitasi. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading