ASHGABAT : Kerajaan Turkmenistan berhasrat melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) selama 10 tahun lagi kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk beroperasi di negara itu sehingga 2038.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hasrat itu disampaikan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov ketika beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin berkenaan semalam.
“Saya ada berbincang dengan Presiden (Turkmenistan) dan beliau mengalu-alukan peranan Petronas di Turkmenistan. Beliau menyatakan hasratnya supaya Petronas terus aktif di sini dan beliau cakap extension (lanjut) (PSC) selama 10 tahun lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada malam tadi sebelum mengakhiri lawatan rasmi dua hari beliau ke Turkmenistan pada hari ini.
Pada 1996, Petronas diberikan PSC selama 32 tahun yang berakhir pada 2028 untuk mengeluarkan gas asli di kawasan Blok 1 di Laut Caspian.
Ketika ini Turkmenistan berada di kedudukan keempat teratas di dunia yang mempunyai simpanan gas asli bawah tanah, selepas Russia, Iran dan Qatar.
Simpanan gas asli yang ada sekarang ialah sebanyak 20 trilion meter padu, namun jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana masih banyak kawasan di negara itu yang masih belum diteroka.
Dr Mahathir berkata, pelanjutan PSC itu menunjukkan kerajaan Turkmenistan berpuas hati dengan peranan yang dilakukan Petronas dan beliau yakin negara tersebut akan mempertimbangkan konsesi lain kepada syarikat petroleum nasional itu.
Beliau berkata, di Turkmenistan, Petronas terlibat 100 peratus dalam aktiviti mengeluarkan minyak dan gas di negara berkenaan, berbanding 15 peratus di Azerbaijan.
Sebelum melakukan lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan, Dr Mahathir berada di Azerbaijan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, semasa pertemuannya dengan Berdimuhamedov, Presiden Turkmenistan itu menyuarakan hasratnya supaya diadakan pameran barangan Malaysia di negara tersebut.
Menurutnya, Berdimuhamedov juga berpendapat bahawa banyak bidang yang boleh dikembang dan ditingkatkan antara Malaysia dan Turkmenistan.
“Kita mendapat sambutan amat baik, mereka ‘very friendly’ dan saya berpendapat kita boleh adakan dagangan dengan mereka walaupun jumlah penduduknya cuma lima juta orang tetapi ada (hasil) pendapatan daripada minyak. Mereka kaya, jadi ada baik bagi kita mengambil bahagian dalam dagangan dengan mereka.
“Mereka juga berhasrat supaya mengadakan shipbuilding (pembinaan kapal) di sini dan kita mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan shipbuilding. Kita boleh periksa (lihat) sama ada kita boleh ambil bahagian dalam shipbuilding di sini,” katanya.
Semalam Dr Mahathir dan Berdimuhamedov mengadakan mesyuarat terhad diikuti mesyuarat dua hala dan majlis pemeteraian program kerjasama.
Delegasi Malaysia termasuk Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager