UJIAN KESAN COVID-19 BEBERAPA KUMPULAN PENGEMBARA DIGUGURKAN – KHAIRY
Keperluan pengujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan digugurkan bermula hari ini bagi beberapa kumpulan pengembara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Keperluan pengujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan digugurkan bermula hari ini bagi beberapa kumpulan pengembara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ia termasuk pengembara berusia 18 tahun dan ke atas yang telah lengkap vaksinasi dan pengembara berusia 17 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi.
Selain itu, katanya pengembara yang mempunyai sejarah jangkitan COVID-19 dalam tempoh enam ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia tanpa mengira status vaksinasi juga terkecuali.
Bagi pengembara berusia 18 tahun dan ke atas tanpa status vaksinasi lengkap, Khairy berkata mereka perlu melakukan ujian prapelepasan dua hari sebelum berlepas ke Malaysia menggunakan RT-PCR atau RTK-Ag profesional.
Menurutnya, pengembara kategori tersebut juga harus menjalani ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan menggunakan RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sama ada secara fizikal atau maya.
“Sekiranya keputusan pengujian COVID-19 adalah negatif pengembara perlu menjalani kuarantin wajib selama lima hari di tempat penginapan termasuk rumah, menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan MMC sama ada secara fizikal atau maya pada hari kelima.
“Pelepasan kuarantin pada hari kelima boleh diberikan jika keputusan ujian RT-PCR hari keempat atau RTK-Antigen hari kelima adalah negatif. Sekiranya keputusan ujian COVID-19 adalah positif, pengembara akan diurus mengikut pengurusan kes positif sedia ada,” katanya.
Sementara itu, katanya, mana-mana pengembara yang dikesan bergejala semasa berada di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Negara akan diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK Antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan sama ada secara fizikal atau maya.
Pada masa sama, katanya semua pengembara masih perlu mengemukakan Traveller’s Card yang dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera semasa ketibaan di PMA. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager