Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menghapuskan hukuman mati – Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR, 12 Februari –
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sedia menganjurkan himpunan bantahan secara
besar-besaran bagi mendesak kerajaan untuk tidak meneruskan rancangan
pemansuhan hukuman mati di negara ini sekiranya bantahan dibuat melalui
memorandum tidak dilayan.
Pengerusinya, Aminuddin Yahya,
berkata, Ummah tetap dengan pendirian menentang cadangan berkenaan atas
sebab-sebab kritikal demi membela hak 33 juta rakyat di negara ini berbanding
hak penjenayah.
Menurutnya, sidang meja bulat yang disertai 80 NGO termasuk tokoh-tokoh pelbagai bidang termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pelbagai peringkat aktivis, pengamal perundangan serta syariah, dan ahli-ahli akademik juga sepakat menentang cadangan yang disifatkan akan memberi impak negatif terhadap keselamatan dan ekonomi negara.
“Kerajaan perlu menangguhkan rang
undang-undang bagi menghapuskan hukuman mati. Hukuman mati perlu dikekalkan dan
berikan kebebasan kepada hakim untuk menentukan hukuman yang wajar berdasarkan
kepada fakta kes secara keseluruhan termasuk menjatuhkan hukuman mati bagi
kes-kes serius.
“Satu memorandum akan dihantar kepada ahli-ahli Parlimen dan juga Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.”
“Sekiranya kerajaan mengabaikan bantahan ini, kita akan buat himpunan lebih besar dari (himpunan) ICERD,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Meja Bulat Ummah, di sini, hari ini.
Aminuddin menjelaskan, dalam isu
pemansuhan hukuman mati, kerajaan harus fikirkan dan beri keutamaan terhadap
kepentingan awam.
“Kadar jenayah akan meningkat
jika hukuman mati dihapuskan dan ia telah terbukti di negara-negara yang telah
memansuhkan hukuman tersebut apabila jenayah meningkat sehingga 125 peratus.”
“Ia juga akan menyebabkan pembaziran terhadap wang pembayar cukai apabila perlu menanggung kos sara hidup bantuan dalam penjara yang dianggarkan lebih RM5 kita untuk tempoh 30 tahun sedangkan ia boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih memberi manfaat dalam bidang pendidikan dan kesihatan misalnya,” katanya.
Sinar Harian melaporkan persidangan
meja bulat berlangsung lebih 2 jam itu bagi membincangkan kesan keputusan
pemansuhan hukuman mati secara umumnya dan kaitan dengan kes pembunuhan
Allahyarham Muhamad Adib secara khususnya.
Aminuddin berkata, dalam kes
Muhamad Adib, Ummah meragui ketelusan Peguam Negara (AG) dalam menangguhkan
pendakwaan terhadap pembunuh Adib dan sebaliknya melengahkan dengan menjalankan
prosiding inkues.
“Kita tidak bersetuju dengan tindakan adakan inkues tetapi kita hormat keputusan AG dan akan menunggu hasil laporan daripada inkues tersebut,” ulas beliau.
Dalam masa sama, ujarnya, Ummah
juga sedang berbincang sama ada wajar untuk keluarga Allahyarham Adib untuk
menuntut laporan forensik.
“Hanya keluarga yang berhak untuk
membuat tuntutan. Ini kerana berdasarkan apa yang dimaklumkan 95 peratus dari
siasatan atau sebab kematian adalah berdasarkan laporan forensik.”
Tambah beliau, “Rakyat mahu tahu perkara sebenar yang berlaku berdasarkan laporan ini kerana kita mahu ia bukan berdasarkan sentimen tetapi berdasarkan fakta.”
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager