KUALA BESUT:Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) giat mengesan seorang lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam insiden runtuhan bangunan tiga tingkat di sebuah resort dalam pembinaan di Pulau Perhentian, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa terakhir daripada kesemua tujuh yang dilaporkan terlibat merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Suparno berumur lingkungan 40-an.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki Rohingya, tiga lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan dikatakan sedang tidur dalam bangunan berkenaan sebelum berlakunya runtuhan.
“Tiga daripada mereka iaitu Mohd Eunuh Hamid Husson, Shamsul Alam Abdul Sukur dan Mohd Rafiq yang merupakan warga Rohingya serta seorang lelaki tempatan dikenali Leong berjaya keluar sendiri daripada runtuhan itu.
“Dua lagi mangsa warga Indonesia yang baru diselamatkan pasukan SAR ialah Jamil, 33, dan Ramli, 48, masing-masing pada12.53 dan 1.18 tengah hari tadi,” katanya pada sidang media di Jeti Kuala Besut.
Abdul Rozak berkata kesemua enam mangsa yang selamat telah dibawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar Hospital Besut untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil.
Beliau berkata pihaknya telah menyoal siasat penyelia projek Liew Sin Fatt dan beliau mendakwa mendengar bunyi dentuman bangunan runtuh sebelum keluar meninjau ke lokasi kejadian yang terletak 30 meter dari pejabatnya.
“Liew mendakwa ketika itu bangunan berkenaan telah runtuh sepenuhnya dan keadaan yang masih gelap menyebabkannya gagal melihat mangsa di bawah runtuhan tersebut. Polis telah membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di lokasi pada 9 pagi.
“Operasi akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemukan atau polis merasakan sudah tiada lagi mangsa. Punca runtuhan masih dalam siasatan,” katanya.
Abdul Rozak berkata usaha mengesan Suparno membabitkan 70 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin selain dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia, pasukan Kementerian Kesihatan (KKM), penduduk kampung serta pekerja resort berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager