ISRAEL MENGEBOM KAWASAN SEKITAR HOSPITAL DI GAZA

Sumber Gambar: AFP

GAZA: Pesawat Israel mengebom persekitaran Hospital Al-Shifa dan Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di Semenanjung Gaza pada awal Khamis.

Hospital Al-Shifa yang menempatkan ribuan pesakit dan penduduk yang mencari perlindungan di situ, menjadi sasaran peluru berpandu yang dilepaskan berselang-seli oleh pesawat Israel, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Agensi Berita Palestin, WAFA.

Penggunaan serentak suar pencahayaan semasa serangan menyebabkan kawasan persekitaran hospital mengalami kemusnahan, katanya.

Serangan udara berhampiran Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di barat bandar itu, mengorbankan¬†tiga rakyat Palestin dan berpuluh-puluh lagi cedera.–AlHijrah Online

Leave a Reply