VAKSINASI WARGA LEMBAH KLANG MELALUI KAEDAH JANJI TEMU BERMULA 4 OKTOBER

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Vaksinasi COVID-19 bagi penduduk dewasa di Lembah Klang hanya dengan kaedah janji temu sahaja, bermula Isnin 4 Oktober.

Dalam kenyataan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), semua individu dewasa yang ingin mendapatkan vaksinasi termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua juga perlu membuat janji temu awal terlebih dahulu.

“Mereka perlu membuat janji temu dengan menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing atau emel yang telah disediakan.

“Sila hubungi talian Klinik Kesihatan (KK) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan lokasi berhampiran dengan penerima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

–AlHijrah Online

Leave a Reply