Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBENARAN RENTAS NEGERI SEMAKIN HAMPIR

DALAM NEGARA

KEBENARAN RENTAS NEGERI SEMAKIN HAMPIR

KUALA LUMPUR: Lebih kurang empat peratus sahaja lagi diperlukan untuk mencapai angka 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jelasnya menerusi ciapan di Twitter beliau, aktiviti rentas negeri dijangka akan dibenarkan semula tidak lama lagi jika kadar vaksinasi bagi populasi dewasa mencapai angka tersebut.

“Dengan lebih banyak pergerakan, akan berlakunya lebih banyak perhimpunan. Kita perlu mengambil tanggungjawab terhadap tindakan kita.

“Jika anda menunjukkan simptom, dapatkan kit ujian dan uji diri. Jika positif, asingkan diri secepatnya,” katanya.

Setakat semalam, kadar populasi dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 86 peratus.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas negeri akan dibenarkan selepas 90 peratus daripada populasi dewasa negara telah menerima vaksinasi lengkap.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading