Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUMPAHAN PEWARNA KILANG TEKSTIL PUNCA AIR BANJIR BERWARNA MERAH

DALAM NEGARA

TUMPAHAN PEWARNA KILANG TEKSTIL PUNCA AIR BANJIR BERWARNA MERAH

JOHOR BAHRU: Kejadian air banjir berwarna merah di Kampung Sri Serdang Baru, Tampoi, di sini Khamis lalu berpunca daripada tumpahan sisa pewarna lama dari sebuah kilang tekstil berhampiran kampung berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata tumpahan tersebut dipercayai disebabkan hujan lebat serta struktur kilang yang tidak berbumbung selain bekas atau beg penyimpanan pigmen warna sudah reput.

“Siasatan berdasarkan maklumat daripada penduduk kampung mendapati air berwarna merah tersebut berpunca dari sebuah kilang tekstil usang yang terletak berhampiran kampung mereka.

“Pemilik kilang memaklumkan premis berkenaan wujud sejak 1940-an dengan keluasan 8.49 hektar dan tidak lagi menjalankan sebarang aktiviti kerana sudah menghentikan operasi pada tahun 2000.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tumpahan daripada bekas sisa pewarna lama yang ditinggalkan dalam kawasan kilang terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 30 September lalu, seorang penduduk kampung berkenaan memuat naik beberapa keping gambar di Facebook menunjukkan pekarangan rumahnya dipenuhi air berwarna merah.

Bagaimanapun, Wan Abdul Latif berkata banjir mula surut pada kira-kira jam 4.15 petang, air didapati tidak lagi berwarna merah.

JAS Johor mengeluarkan arahan mengikut Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) kepada pemilik kilang supaya kerja pembersihan serta pelupusan segera dilakukan.

“Pihak kilang menjalankan kerja pembersihan dan memindahkan sisa tumpahan. Bangunan itu juga ditutup dengan kanvas sehingga kerja selesai,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading