VIDEO WAWANCARA PERDANA MENTERI BERSAMA CNN DISUNTING, TIDAK GAMBARKAN KONTEKS PENUH – FAHMI
Fahmi Fadzil berkata video tular tersebut tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri, iaitu Malaysia akan terus melindungi kewujudan Palestin dan tidak akan pernah sesekali mengiktiraf negara haram Israel.
PUTARAJAYA: Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel, yang berniat mengelirukan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata video tular tersebut tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri, iaitu Malaysia akan terus melindungi kewujudan Palestin dan tidak akan pernah sesekali mengiktiraf negara haram Israel.
“Ini adalah satu fitnah, dakwaan yang cukup jelik yang telah mengambil pada asalnya kenyataan Perdana Menteri dalam satu wawancara dan hanya satu bahagian daripada wawancara itu telah dipotong dan disebar luas bagi memberi gambaran seolah-olah kerajaan Malaysia mengiktiraf kewujudan Israel.
“Kalau kita teliti kenyataan Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) secara keseluruhan dalam wawancara tersebut, beliau ada menyatakan pendirian tegas Malaysia melindungi kewujudan, melindungi negara Palestin,” katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi hari ini.
Fahmi berkata fitnah yang dimainkan pihak yang menyunting video tersebut adalah bersifat tidak adil kerana Anwar serta kerajaan telah berulang kali menyatakan bahawa Malaysia tidak akan pernah berganjak daripada pendirian untuk memperjuangkan Palestin serta rakyatnya.
“Perdana Menteri telah bangkitkan di Parlimen pada hari pertama bersidang, iaitu hasrat Malaysia untuk usul mengeluarkan negara haram Israel di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)… beliau juga menyatakan pendirian yang paling tegas kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
“Bagi saya puak-puak yang menyunting ini ‘no matter what we do, they will never be happy’. Yang penting kita tahu apa yang kita perjuangkan iaitu masa depan yang lebih baik bagi rakyat Palestin,” katanya.
Video tular tersebut serta beberapa portal mendakwa, Anwar mengiktiraf hak Israel untuk wujud dan untuk ‘mempertahankan diri’ dalam wawancara tesebut.
Fahmi berkata penyelesaian dua negara ataupun ‘two-states solution’ yang disebut Perdana Menteri dalam wawancara tersebut juga adalah pendirian Malaysia sejak dahulu, malah pernah disebut bekas Perdana Menteri sebelum ini.
Beliau berkata kenyataan cadangan solusi tersebut pernah dinyatakan bekas Perdana Menteri pada 2002, 2005, 2016, 2020 dan 2021.
“Jelas ini adalah pendirian yang telah dipegang oleh kerajaan sejak sekian lama,” katanya.
Sementara itu Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan untuk meneliti dan membuat siasatan terhadap penularan video berunsur fitnah berkenaan.
“Saya tegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang terutama rakan media dari membuat laporan, tapi kita harus berhati-hati untuk melayan spekulasi ataupun menterjemah spekulasi seolah-olah ia adalah fakta.
“Seringkali teguran dibuat, tetapi sekiranya perlu kita akan pertimbang tindakan yang lebih tegas jadi saya akan minta MCMC untuk teliti,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked