Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA PATAH KAKI, EMPAT AHLI KELUARGA CEDERA KERETA DIREMPUH HILUX

DALAM NEGARA

WANITA PATAH KAKI, EMPAT AHLI KELUARGA CEDERA KERETA DIREMPUH HILUX

Seorang wanita patah kaki kiri manakala empat ahli keluarganya yang lain cedera dalam kemalangan dua kenderaan bertembung di persimpangan lampu isyarat Kompleks Sukan Pandamaran, di sini petang tadi.

KLANG: Seorang wanita patah kaki kiri manakala empat ahli keluarganya yang lain cedera dalam kemalangan dua kenderaan bertembung di persimpangan lampu isyarat Kompleks Sukan Pandamaran, di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, kemalangan itu melibatkan kereta Proton Suprima yang dinaiki lima sekeluarga tersebut dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux tersebut telah melarikan diri selepas kejadian berlaku.

“Dua mangsa didapati tersepit di tempat duduk penumpang belakang kereta manakala tiga lagi keluar sendiri sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading