WARGA ASING DAKWA GUNA PASPORT PALSU DI KLIA2 MILIKI PASPORT SAH – SAIFUDDIN NASUTION
Dua warga asing yang tular kerana mendakwa menggunakan pasport palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sebenarnya memasuki dan keluar dari negara ini secara sah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
KOTA SAMARAHAN: Dua warga asing yang tular kerana mendakwa menggunakan pasport palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sebenarnya memasuki dan keluar dari negara ini secara sah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata hasil semakan terhadap pelancong asing berkenaan yang masing-masing warga Bosnia dan China mendapati mereka mempunyai pasport yang sah.
“Kita juga membuat semakan dengan kedutaan masing-masing. Selain itu, semua rekod telah disahkan termasuk rekod kemasukan mereka, pintu masuk yang digunakan dan dokumen perjalanan itu benar-benar sah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia 2025 di Kampung Sindang Baru, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution turut menafikan dakwaan pemeriksaan dilakukan oleh pegawai imigresen sebaliknya video berkenaan memaparkan pemeriksaan di kaunter pemeriksaan oleh polis bantuan sebelum memasuki pesawat.
Beliau yang tidak menolak kemungkinan dua pelancong berkenaan saling mengenali antara satu sama lain berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui motif tindakan berkenaan yang disifatkan perlakuan yang serius.
“Kita akan siasat motif. Kalau niat dia adalah untuk memburukkan dan menjatuhkan imej negara bersabit dengan soal keselamatan, tentu kita boleh ambil tindakan ke atas individu itu mengikut undang-undang yang ada.
“Ini bukan kali pertama kandungan begini, mudah melepasi sempadan negara. Sebelum itu, (kejadian yang sama) di Thailand, dilaporkan macam itu juga,” katanya yang tidak menolak kemungkinan video itu dibuat untuk kandungan media sosial.
Baru-baru ini tular rakaman video memaparkan pemeriksaan pasport warga asing yang dipercayai dijalankan anggota keselamatan syarikat penerbangan di KLIA Terminal 2.
Berdasarkan rakaman video itu, selepas beberapa minit semakan dan pemeriksaan dilakukan, individu di dalam video terbabit mendakwa dibenarkan menaiki pesawat.
Pada Khamis lepas, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata pihaknya sedang mengenal pasti pemilik akaun TikTok terbabit dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil anggota dipercayai petugas syarikat penerbangan berkenaan bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan sementara semua pendaftaran pelarian bagi...
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager