Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS DITEMUKAN MATI DENGAN KESAN TIKAMAN DI BELAKANG BADAN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DITEMUKAN MATI DENGAN KESAN TIKAMAN DI BELAKANG BADAN

Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan tikaman di belakang badan dan kedua-dua buku lali kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, Seremban, 10.10 pagi tadi.

Gambar hiasan

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan tikaman di belakang badan dan kedua-dua buku lali kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, dekat sini, 10.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata susulan itu polis menahan dua lelaki berusia 25 tahun dan 18 tahun dipercayai suspek kejadian untuk siasatan lanjut.

“Mangsa tidak bekerja ditemui mati dengan kesan kecederaan, salah seorang suspek ditahan 5 petang tadi di kawasan kejadian manakala seorang lagi dipanggil ke balai polis untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pihaknya menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian itu tersebut tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di Ibu pejabat Polis Daerah Seremban, ASP Mohd Firdaus Sudeerman di talian 010-3921373. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading