Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAKYAT MALAYSIA ANTARA KUMPULAN PERTAMA JEMAAH UMRAH ASIA IKUTI PROGRAM KHAS ARAB SAUDI

DUNIA

RAKYAT MALAYSIA ANTARA KUMPULAN PERTAMA JEMAAH UMRAH ASIA IKUTI PROGRAM KHAS ARAB SAUDI

Kumpulan pertama jemaah umrah program khas Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi bagi tahun 2024, tiba di Madinah pada Khamis.

Gambar hiasan (AFP)

MADINAH: Kumpulan pertama jemaah umrah program khas Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi bagi tahun 2024, tiba di Madinah pada Khamis.

Mereka terdiri daripada 250 tokoh berpengaruh Islam dari 14 negara Asia – Malaysia, Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Vietnam, Laos, Hong Kong, Jepun, Brunei, Thailand, Korea Selatan, Kemboja dan Mongolia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kumpulan kedua dan ketiga jemaah umrah dijadual tiba lewat Khamis, melengkapkan ketibaan 1,000 jemaah umrah dalam program berkenaan.

Sekretariat Agung Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci Haji, Umrah dan Lawatan akan membawa tetamu menziarah Masjid Nabawi, Masjid Quba dan tapak bersejarah di Madinah sebelum ke Makkah untuk menunaikan umrah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading