Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT EMPAT KES SELEWENG DUIT ZAKAT RM9.7 JUTA

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT EMPAT KES SELEWENG DUIT ZAKAT RM9.7 JUTA

Polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika mengadakan sidang media khas di Menara KPJ hari ini. — fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu.

Tambahnya dua kes lain direkodkan di Selangor diikuti satu kes di Terengganu selain satu kes di Perak itu dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9.6 juta dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.”

“Ia amat mendukacitakan apabila wang zakat turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang itu,” katanya pada sidang media khas JSJK, di sini, hari ini.

Ramli berkata perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap Muslim.

“Sewajarnya wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah agar ia dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama.

“JSJK memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, katanya polis menahan seorang lelaki yang memiliki kepakaran teknologi maklumat kerana disyaki menggodam dan menjual data milik sebuah agensi kerajaan di laman sesawang “darkweb”.

Ramli berkata lelaki warga tempatan berumur 24 tahun itu ditahan pada 25 Dis lepas di sekitar ibu kota.

Beliau menambah, hasil siasatan mendapati lelaki itu telah menjual data di laman sesawang dengan harga US$200 (RM927) untuk setiap set data dan pembayaran adalah dalam bentuk mata wang kripto.

“Pengesanan terhadap lelaki itu berjaya dilakukan hasil kecekapan Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency JSJK.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek baru ‘berjinak-jinak’ dalam jenayah ini dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Ramli berkata lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Dis lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading