Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS RENTUNG DALAM KEBAKARAN DI MENGLEMBU

DALAM NEGARA

WARGA EMAS RENTUNG DALAM KEBAKARAN DI MENGLEMBU

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.49 pagi dan mayat Loo Kok Chan, 79, ditemukan pasukan penyelamat selepas kebakaran berjaya dipadamkan sejam kemudian.

Sumber Facebook

IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Menglembu Barat, Menglembu dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.49 pagi dan mayat Loo Kok Chan, 79, ditemukan pasukan penyelamat selepas kebakaran berjaya dipadamkan sejam kemudian.

Beliau berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh yang tiba di lokasi mendapati kebakaran di rumah jenis kekal itu telah merebak ke rumah bersebelahan sekali gus mengakibatkan kedua-dua rumah musnah 80 peratus.

Menurut Yahaya, dua penghuni rumah bersebelahan tidak mengalami kecederaan manakala mayat Loo diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan pihak polis dan bomba,” katanya.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading