MUSIM BARU DAKWAH LIVE JANJIKAN PENGISIAN MUHASABAH DIRI

KUALA LUMPUR: Dakwah LIVE, program terbitan TV AlHijrah yang membincangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam kembali dengan musim kedua yang menjanjikan kandungan untuk penonton muhasabah diri.

Dalam musim terbaharu ini, kandungan penerbitan akan memberi tumpuan kepada masalah yang semakin meruncing dalam kalangan umat Islam seperti isu rumah tangga, hubungan sesama manusia dan pembangunan remaja.

Selain itu, untuk menjadikan pengisian lebih menarik ditonton, Dakwah LIVE musim kedua akan turut menampilkan ilmuan dan penggiat seni untuk mengupas isu-isu yang dipilih.

Ia sekaligus menjadi platform untuk para penggiat seni menyuarakan pandangan serta berdakwah.

Perbincangan dalam Dakwah LIVE akan dilakukan secara santai dengan turut mempunyai elemen persembahan oleh penggiat seni jemputan.

Dakwah LIVE yang bersiaran langsung setiap Rabu, jam 9 malam bermula 17 Ogos 2022 akan dihoskan Datuk Dr Norhafizah Musa, Syed Norhisyam dan Wasiril Aswad.

Program tersebut diyakini mampu meningkatkan dan memantapkan institusi ummah dan orang ramai diharap dapat menyaksikan setiap episod Dakwah LIVE. – AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply