Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAWASAN 2020 GAGAL KERANA KERAJAAN TERDAHULU TIDAK SERIUS

DALAM NEGARA

WAWASAN 2020 GAGAL KERANA KERAJAAN TERDAHULU TIDAK SERIUS

KUALA LUMPUR: Wawasan 2020 gagal dicapai kerana tiada usaha serius untuk melaksanakan wawasan itu sepanjang 15 tahun sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menegaskan tiada usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat wawasan itu, sebaliknya tumpuan hanya diberikan kepada matlamat pendapatan tinggi.

“Wawasan 2020 bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju tapi 15 tahun ke belakang, tiada usaha sungguh-sungguh untuk mencapai matlamat itu sebaliknya memberi tumpuan beri pendapatan tinggi.

“Ia dilakukan dengan cara beri wang, gaji tinggi, BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan sebagainya supaya mendapat sesuatu daripada rakyat. Ia bukan usaha mereka tapi melalui pemberian kerajaan,” kata Dr Mahathir dipetik Sinar Harian hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara pagi tadi.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, apabila kerajaan menghentikan bantuan seumpama itu, mereka yang menerima bantuan itu sebelum ini terus berada dalam kelompok miskin.

“Sebaliknya kali ini dalam WKB2030, kita akan memberi latihan supaya mereka diberi peluang dan urus peluang ini sehingga mereka mencapai kejayaan,” kata Perdana Menteri. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading