Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WHO KERJASAMA PLATFORM MEDIA SOSIAL TANGANI BERITA PALSU

DUNIA

WHO KERJASAMA PLATFORM MEDIA SOSIAL TANGANI BERITA PALSU

ANKARA: Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu memperkasakan langkah pencegahan mengenai penularan, diagnosis dan rawatan koronavirus, kata jurucakap kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Fadela Chaib.

Chaib berkata walaupun sistem kecemasan digerakkan, kapasiti diagnosis dan rawatan perlu diperkasakan, selain kelengkapan hospital perlu dalam keadaan siap siaga untuk menyelamatkan nyawa.

Beliau juga menasihatkan semua pihak mengikuti langkah penjagaan diri dan mengikut arahan pihak berkuasa kesihatan dan sumber sahih seperti WHO.

Bagi mengekang berita palsu mengenai COVID-19, pihaknya bekerjasama dengan platform media sosial seperti Twitter, Facebook, Pinterest, Tencent dan Tiktok, katanya kepada agensi berita Anadolu hari ini.

Di negara terjejas teruk, kerjasama itu antara lain akan menyambungkan individu secara automatik ke laman web WHO di atas talian.

Seorang lagi jurucakap WHO, Tarik Jasarevic berkata “setiap negara perlu ambil langkah ikut keadaan penularan virus di negara masing-masing.

“Apa lebih kritikal ialah semua pihak perlu bekerjasama dan penuhi tanggungjawab mereka,” katanya menegaskan adalah penting bagi semua pihak mengelakkan tempat padat.

Virus itu muncul di Wuhan, China pada Disember lalu dan kini menular di 146 negara dan wilayah. WHO mengisytiharkannya sebagai pandemik global.

Daripada 173,000 kes COVID-19, lebih 6,600 maut, dengan 77,500 kes sembuh, demikian menurut Worldometer. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading