Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YASIN SULAIMAN DIRUJUK KE HOSPITAL BAHAGIA, KESIHATAN MAKIN MEROSOT

DALAM NEGARA

YASIN SULAIMAN DIRUJUK KE HOSPITAL BAHAGIA, KESIHATAN MAKIN MEROSOT

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memerintahkan penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan kesihatan mentalnya.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memerintahkan penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan kesihatan mentalnya.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohamad membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan peguam Ariff Azami Hussein mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Ketika prosiding, Ariff Azami memberitahu mahkamah terdapat asas kuat untuk kesihatan mental Yasin Sulaiman, 48, diperiksa oleh pakar psikiatrik.

Katanya, pemerhatian perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan dihadapinya.

“Pembelaan mengemukakan lima laporan perubatan antaranya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Kecelaruan Bipolar Tahap I sejak 2007.

“Laporan Pusat Pakar Universiti Malaya (USMC) menunjukkan Yasin pernah diserang ‘simptom manic’ yang boleh membahayakan dirinya.

“Laporan terkini mengesahkan keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mohamad Amin memaklumkan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan tersebut.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Jun ini untuk mengemukakan laporan psikiatrik.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading