
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaporkan sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.
Istana Negara dalam kenyataannya berkata, Seri Paduka Baignda dinasihat oleh pakar perubatan untuk berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
“Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara, kelmarin.
“Selain majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim semalam, yang telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain,” katanya.
Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih, tambahnya.—AlHijrah Online