Hampir 1,000 umat Islam menyertai Majlis Qiamullail Tahun Baharu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, bersempena dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2024 dan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
PUTRAJAYA: Hampir 1,000 umat Islam menyertai Majlis Qiamullail Tahun Baharu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini bersempena dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2024 dan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Acara yang merupakan sebahagian daripada program Ambang Gema Syukur anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalannya Dr Zulkifli Hasan.
Majlis qiamullail berjemaah kira-kira 4.30 pagi itu dimulakan dengan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat yang dipimpin imam jemputan Ustaz Wan Ammar Hadi.
Program diteruskan dengan solat subuh berjemaah yang dipimpin oleh Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Nabil Mirza.
Pengisian acara seterusnya menampilkan seorang aktivis Palestin, AbdelRahman Ibrahim bersama Pengasas dan Penasihat Utama Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) Dr Hizul Azri dalam slot Ceramah Subuh 4 GAZA.
Mohd Na’im ketika ditemui selepas majlis itu berkata aktiviti kerohanian dan keagamaan yang telah disusun pihak Jakim sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di negara ini yang menjadi kelaziman menyambut tahun baharu Masihi, dapat menarik kehadiran lebih 800 anak muda pada program berkenaan.
“Program pengisian ini kebanyakannya dihadiri anak-anak muda terutama daripada beberapa institusi pengajian tinggi tempatan.
“Bagi tahun ini, saya berharap pihak masjid dapat menjalinkan lebih banyak kolaborasi bersama badan-badan bukan kerajaan untuk menganjurkan program yang dapat menarik minat anak muda kerana masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadat, tetapi juga tempat berkumpul pelbagai lapisan umur,” katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) mengadakan pelbagai program untuk golongan belia tahun ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests