Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

15 PETUGAS KESIHATAN DIJANGKITI COVID-19 – KP KESIHATAN

DALAM NEGARA

15 PETUGAS KESIHATAN DIJANGKITI COVID-19 – KP KESIHATAN

KUALA LUMPUR: Dua belas petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga petugas kesihatan swasta dijangkiti COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata seorang daripada 12 kakitangan KKM itu kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini, bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” kata Dr Noor Hisham di laman Facebooknya hari ini.

Setakat ini, sebanyak 1,030 kes jangkitan COVID-19 direkodkan dengan tiga kematian di negara ini. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading