MALAYSIA REKODKAN 1,030 KES COVID-19, TENTERA DIKERAHKAN AHAD INI

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Bermula jam 12.01 pagi, Ahad ini Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Pejabat Perdana Menteri berkata orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi semua arahan pihak berkuasa sepertimana keperluan dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah tersebut,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di sini hari ini.

Terkini, statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan 130 kes baharu dilaporkan menjadikan 1,030 kes COVID-19 keseluruhan.

Daripada 130 kes baharu itu, 48 kes berkait kes kluster tabligh, demikian menurut KKM dalam ciapan Twitter hari ini.

“12 lagi kes telah sembuh menjadikan 87 telah sembuh,” kata KKM menyatakan 26 pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali

Leave a Reply