Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN PERANGI KORONAVIRUS

DUNIA

PALESTIN PERANGI KORONAVIRUS

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata Palestin berusaha sedaya upaya dalam memerangi koronavirus walaupun mempunyai sumber terhad, demikian laporan agensi berita Xinhua.

“Dalam keadaan yang sukar ini, saya meyakinkan anda bahawa kami berusaha sedaya upaya dan memanfaatkan semua potensi untuk menghadapi virus berbahaya ini yang menyerang seluruh dunia,” kata Abbas dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

“Walaupun sumber terhad, kami berjaya sehingga sekarang, untuk mengehadkan ancaman virus ini dengan kesedaran dan kerjasama rakyat, pihak kerajaan dan badan-badan berkaitan,” katanya.

Abbas berkata pihak Kerajaan Palestin akan menyediakan semua penjagaan kesihatan yang berkaitan dan menilai impak ekonomi keadaan tersebut, selain sektor swasta tempatan digesa untuk menyokong usaha kerajaan.

Palestin mengumumkan 47 kes koronavirus telah disahkan di Tebing Barat.

Sejak penularan wabak COVID-19 di Bethlehem, Tebing Barat 5 Mac lalu, Palestin mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung di bandar itu. — Terjemahan AlHijrah Online/ Zamir Akmal Zambri


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading