123 KES BAHARU, EMPAT NEGERI CATAT KES TERTINGGI COVID-19

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor mencatatkan kes COVID-19 tertinggi di negara ini, demikian menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehingga jam enam petang tadi, sebanyak 1,306 kes COVID-19 direkodkan di seluruh negara dengan 123 kes baharu.

KKM menyatakan dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 10 maut akibat wabak penyakit itu.

Kes maut kesembilan membabitkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 48 tahun yang juga seorang doktor perubatan KKM dengan sejarah perjalanan ke Turki.

Manakala kes maut ke-10 adalah lelaki warga Malaysia berusia 74 tahun dari kluster tabligh.

Beliau disahkan positif COVID-19 14 Mac lalu dan diberikan bantuan alatan pernafasan, namun meninggal dunia hari ini. — AlHijrah Online

Leave a Reply