Connect with us

ALHIJRAH NEWS

17,000 penumpang terkandas akibat taufan Faxai

DUNIA

17,000 penumpang terkandas akibat taufan Faxai

Kelihatan sebuah basikal kanak-kanak dalam kejiranan yang hancur diserang taufan Dorian di Marsh Harbour, Great Abaco, Bahamas. Beberapa negara menjadi mangsa ribut taufan yang berlaku di seluruh negara semalam. FOTO REUTERS/ Loren Elliott

TOKYO – Hampir 17,000 penumpang terkandas semalaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, susulan taufan Faxai yang melanda ibu negara Jepun pagi semalam.

Lebih 1000 penerbangan terpaksa dibatalkan, manakala jalan raya dan landasan kereta api yang menuju lapangan terbang turut terjejas.

Bagaimanapun, penumpang sudah beransur pulang ke kediaman atau destinasi masing-masing kerana operasi bas dan keretapi sudah berjalan seperti biasa.

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Chiba, Timur Tokyo terletak dalam jaluran taufan Faxai, yang membawa bersama angin kencang sehingga 207 kilometer sejam.

Setakat ini dua dilapor terkorban, dan lebih 40 cedera. Ia turut menyebabkan banjir di beberapa kawasan dan kerosakan bangunan.

Bencana itu berlaku ketika Jepun sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah kepada Ragbi Piala Dunia akhir bulan ini, di samping Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak lama lagi.

Bencana itu berlaku ketika Jepun sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah kepada Ragbi Piala Dunia akhir bulan ini, di samping Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak lama lagi.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading