KOTA KINABALU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah mengesan sebanyak 36
titik panas sepanjang Februari berikutan cuaca panas dan kekurangan
hujan selain aktiviti pembakaran terbuka tidak terkawal oleh pihak tidak
bertanggungjawab.
“Punca peningkatan titik panas ini antara lain disebabkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti pembukaan dan pembersihan kawasan tanah dengan melakukan pembakaran terbuka.
“Pembakaran tidak terkawal ini menyebabkan kebakaran merebak ke
kawasan sekeliling termasuk hutan simpan,” katanya kepada Bernama, hari
ini.
Tunku Khalkausar berkata sepanjang minggu ini sahaja,
sebanyak sembilan titik panas dikesan masing-masing di Keningau (tiga
titik panas), Kota Belud (dua titik panas), Papar (dua titik panas)
serta satu titik panas dikesan di Beaufort dan Tawau.
Beliau
turut meminta kerjasama semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran
terbuka pada musim panas dan kekurangan hujan dialami ketika ini kerana
dikhuatiri ia akan merebak seterusnya menjejaskan kualiti udara
setempat.
Kerjasama semua pihak juga amat diperlukan untuk
menjaga tanah masing-masing supaya tidak terbakar selain membantu
memadamkan kebakaran kecil supaya tidak merebak ke kawasan lain,
katanya.
Tunku Khalkausar berkata JAS Sabah akan terus memantau
kualiti udara di lima stesen seluruh negeri, dan menurutnya, tiga stesen
kualiti udara iaitu Kota Kinabalu, Kimanis dan Keningau mencatatkan
bacaan indeks pencemaran udara pada tahap sederhana sepanjang
pertengahan Januari sehingga hari ini.
Sementara itu, Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah
berkata sebanyak 494 kes kebakaran terbuka direkodkan jabatan itu
sepanjang Februari, iaitu peningkatan sebanyak 304 kes berbanding hanya
190 kes dicatat pada Januari.
Beliau berkata kes kebakaran
terbuka di kawasan belukar mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak 317
kes diikuti kebakaran hutan (131 kes), kebun kecil (22 kes), tapak
pelupusan sampah dan pembakaran sampah (18 kes), sawah padi (lima kes)
dan satu kes kebakaran ladang.
Kamarulzaman berkata Tuaran
merupakan antara lapan daerah di Sabah merekodkan kes kebakaran terbuka
paling tinggi sepanjang bulan ini iaitu sebanyak 75 kes diikuti Kota
Kinabalu (69 kes), Keningau (55 kes), Kota Belud (45 kes), Kimanis (39
kes), Papar (36 kes), Penampang (27 kes) dan Beaufort (25 kes).
“Pegawai
dan anggota bomba terus bersiap sedia termasuk daripada aspek jentera
serta peralatan memandangkan kes kebakaran terbuka semakin banyak dan
dalam tempoh dua minggu ini sahaja jumlahnya semakin meningkat,”
katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud berkata, keadaan cuaca panas dan kekurangan hujan di Sabah sekarang dijangka berterusan sehingga Mac, kecuali di beberapa bahagian seperti Kudat, Sandakan dan Tawau yang dijangka boleh berterusan sehingga April. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked