Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pembinaan klinik di Semenyih diteruskan

DALAM NEGARA

Pembinaan klinik di Semenyih diteruskan

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Pembinaan klinik di Semenyih akan tetap diteruskan meskipun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak memihak kepada calon Pakatan Harapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu akan diteruskan bagi menyantuni dan menangani kesesakan yang dihadapi Klinik Kesihatan Semenyih dan Beranang.

“Saya yakin kita akan dapat satu lokasi tanah dan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk merealisasikan cadangan yang disebutkan calon kami (PH)”, kata beliau dalam sidang media selepas menyertai acara Run for Rare bersempena dengan Hari Penyakit Nadir Sedunia yang disambut pada hari terakhir bulan Februari setiap tahun.

Bagaimanapun, beliau belum menetapkan jangkaan masa pembinaan klinik berkenaan.

Pada 25 Februari lalu, Datuk Seri Dr Dzulkefly mencadangkan agar satu klinik lagi dibina di Semenyih memandangkan Klinik Kesihatan Semenyih dan Beranang tidak boleh dibesarkan disebabkan kekangan tempat.

Selain itu, fasiliti di Hospital Kajang yang terletak berhampiran dengan Semenyih akan ditambah baik, termasuk pembinaan klinik wanita dan kanak-kanak.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading