More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
HUJAN TIDAK MAMPU HAPUSKAN JEREBU?
Hujan lebat tidak semestinya mampu menghapuskan jerebu.
-
DALAM NEGARA
HADAP BANJIR LEBIH 30 TAHUN, PENDUDUK LALI
Lebih menyedihkan masalah itu didakwa berlarutan lebih 30 tahun tanpa penyelesaian tuntas.
-
DALAM NEGARA
BELANJAWAN 2027 BUKTI KERAJAAN MADANI TEGUH MEMARTABATKAN SYIAR ISLAM
Belanjawan MADANI 2027 memperlihatkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memartabatkan syiar Islam menerusi peningkatan peruntukan hal ehwal...
-
DUNIA
KAPAL TANGKI MINYAK MELETUP DI SELAT HORMUZ SELEPAS TERLANGGAR PERIUK API
Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melaporkan beberapa kapal tangki minyak yang "melanggar peraturan"...
-
DALAM NEGARA
BELANJAWAN 2027 TIDAK “JEREBU”, MANFAAT MESTI SAMPAI KEPADA RAKYAT – PERDANA MENTERI
“Belanjawan tak jerebu...masalahnya tak baca. Kalau baca, jelas angka dan datanya,” Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

KANGAR, 2 Jun – Umat Islam walaupun berpuasa, boleh menderma darah dan Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini memerlukan lebih ramai penderma bagi mengelakkan bekalan darah berkurangan sepanjang Ramadan dan cuti perayaan akan datang.
“Waktu yang sesuai untuk datang menderma darah bagi yang berpuasa ialah dalam tempoh empat jam selepas makan sahur, antara pukul 8 hingga 9 pagi,” menurut Ketua Jabatan Patologi HTF, Dr Liza Dat dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan bahawa orang ramai yang sihat tubuh badan, tiada masalah kesihatan dan berumur antara 18 hingga 60 tahun, digalakkan menderma darah dalam tempoh itu. Sepanjang Ramadan, pusat Tabung Ddarah HTF turut dibuka pada sebelah malam bermula 8.30 hingga 11 malam pada setiap Selasa iaitu 7, 24, 21 dan 28 Jun depan.
Untuk operasi pada sebelah siang ia dibuka bermula 8 pagi hingga 5 petang dan rehat antara pukul 1 dan 2 petang setiap Isnin hingga Khamis. Pada Jumaat pula, ia beroperasi pada 8 pagi hingga 5 petang, dan waktu rehat antara pukul 12.15 tengah hari dan 2.45 petang.
BERNAMA