Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HUJAN TIDAK MAMPU HAPUSKAN JEREBU?

DALAM NEGARA

HUJAN TIDAK MAMPU HAPUSKAN JEREBU?

Hujan lebat tidak semestinya mampu menghapuskan jerebu.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak semestinya mampu menghapuskan jerebu.

Menurut Pakar Governan Persekitaran dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman zarah pencemar di udara itu hanya boleh hilang sepenuhnya sekiranya jumlah taburan dicatatkan lebih tinggi sekitar 10 hingga 15 milimeter dengan hujan yang berterusan.

‘Fenomena jerebu masih berterusan berpunca daripada beberapa factor, yang pertama adalah keamatan dan tempoh hujan yang singkat ataupun sekadar hujan renyai-renyai yang tidak mempunyai tenaga kinetik mahupun liputan yang cukup untuk berlakunya mendapan basah ataupun wet deposition yang boleh memendapkan zarah pm 2.5.sebagai contoh sebenarnya kita memerlukan di sekitar 10 hingga 15 mm hujan secara berterusan supaya pm 2.5 itu boleh dimendapkan pada kuantiti yang banyak.’ Kata Dr. Haliza

Tambahnya, sumber jerebu yang masih aktif boleh menyebabkan kualiti udara kembali merosot. Ini termasuk kebakaran hutan dan tanah gambut yang terus membebaskan asap ke udara, serta pembakaran di bawah permukaan tanah yang sukar dikesan dan dipadamkan.

Dalam masa sama, angin yang lemah boleh menyebabkan zarah pencemar terkumpul berhampiran permukaan bumi manakala angin dari kawasan lain boleh membawa masuk asap baharu.

Keadaan ini menyebabkan bacaan indeks pencemaran udara  (IPU) berisiko meningkat semula selepas hujan berhenti.

Selain itu katanya, lebih membimbangkan, air hujan ketika fenomena jerebu juga boleh membawa bahan pencemar yang terdapat di atmosfera.

‘Apabila hujan bertindak membersihkan atmosfera melalui proses rain out dan wash out titisan air mencuci dan melarutkan gas-gas yang berasid seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida serta sebahagian sebatian organik volatile iaitu VOC dan juga logam berat terampai seperti plumbum dan juga kadmium daripada asap pembakaran gambut dan juga industri. Kajian kualiti air hujan mendapati pH air hujan semasa jerebu boleh merosot hingga ke tahap berasid iaitu di bawah pH 5.6 malah ada yang merekodkan bacaan sekecil ph 4.2 hingga 4.8 di kawasan industri dan liputan jerebu yang tebal.’’

Sehubungan itu orang ramai disarankan untuk  terus memantau bacaan IPU melalui Jabatan Alam Sekitar dan mengurangkan aktiviti luaran sekiranya kualiti udara masih tidak sihat.—AlHijrah Online

 

 

 


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading