Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ABBAS BANTAH PEMBUKAAN HOSPITAL MEDAN AS DI GAZA

DUNIA

ABBAS BANTAH PEMBUKAAN HOSPITAL MEDAN AS DI GAZA

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Jumaat berkata beliau tidak akan membenarkan sebuah hospital medan Amerika Syarikat (AS) dibuka di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Langkah sedemikian menunjukkan bahawa Perjanjian Abad ini sedang direalisasi seksyen demi seksyen,” katanya pada satu mesyuarat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di sini.

Perjanjian Abad Ini adalah pelan Presiden Donald Trump untuk mencapai perdamaian antara Palestin dan Israel.

Dibiayai badan bukan kerajaan Amerika iaitu Friend Ships, hospital itu dirancang dibuka di utara Gaza berhampiran sempadan Israel.

Israel telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza pada 2007 selepas kumpulan Hamas Palestin menguasai kawasan tersebut daripada pesaingnya, Fatah, yang telah melumpuhkan serta menjejaskan kehidupan di enklaf pesisir itu. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading