ACARA SEMPENA ULANG TAHUN KE-90 TLDM BATAL, DIGANTI DENGAN MAJLIS TAHLIL, DOA SELAMAT
Semua acara sempena Ulang Tahun ke-90 Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Sabtu ini di Pangkalan TLDM Lumut dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.
LUMUT: Semua acara sempena Ulang Tahun ke-90 Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Sabtu ini di Pangkalan TLDM di sini dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati anggota keluarga serta waris 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi dua helikopter bertembung pagi tadi.
“Pembatalan itu termasuk majlis perbarisan sempena ulang tahun tersebut di Pangkalan TLDM di sini pada minggu ini serta Hari Terbuka Armada yang dijadualkan dari 3 hingga 5 Mei 2024.
“Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Kapten Kehormat TLDM, berkenan agar pembatalan sambutan itu dilakukan dan baginda turut berkenan mencemar duli bagi majlis berkenaan (tahlil dan doa selamat),” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Mohamad Ab Rahman dan Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.
Mohamed Khaled, yang meninjau lokasi nahas, berkata siasatan awal mendapati kesemua mangsa maut di lokasi kejadian iaitu kawasan kolam renang dan Stadium TLDM di Kompleks Sukan TLDM.
“Seorang anggota tentera yang berada di kawasan kolam renang turut mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan badan helikopter ketika kejadian.
“Semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dibawa ke Lumut termasuk yang berada di Kota Kinabalu yang akan diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan saya difahamkan ia dijangka tiba petang ini,” katanya.
Beliau juga berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk proses bedah siasat dan jenazah akan diserah kepada waris serta keluarga bagi pengebumian di kampung halaman masing-masing.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.