Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS HELIKOPTER TLDM: SEMUA PIHAK DIAJAK DOAKAN MANGSA

DALAM NEGARA

NAHAS HELIKOPTER TLDM: SEMUA PIHAK DIAJAK DOAKAN MANGSA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Suasana hiba melibatkan ahli keluarga mangsa di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, dalam satu insiden helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Dalam hantaran di Facebook, Mohd Na’im turut menzahirkan ucapan takziah kepaada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

“Dari lubuk hati yang dalam, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

“Marilah bersama-sama kita berdoa agar kesemua mangsa yang terkorban mendapat keampunan serta dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala,” katanya.

Mohd Na’im turut mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa diberikan kesabaran dan ketabahan atas ujian besar itu.

TLDM telah mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi itu yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.

Difahamkan nahas itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading