AMANG SEKSUAL: PU AZMAN DIHUKUM PENJARA TUJUH TAHUN, DUA SEBATAN
SEREMBAN: Pendakwah selebriti Azman Syah Alias, atau lebih dikenali sebagai PU Azman, hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lepas.
Gambar fail Pendakwah selebriti Azman Syah Alias (tengah). — Bernama
SEREMBAN: Pendakwah selebriti Azman Syah Alias, atau lebih dikenali sebagai PU Azman, hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lepas.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhi hukuman itu selepas PU Azman, 43, mengaku bersalah pada prosiding sebutan semula kes tersebut.
Dalam penghakimannya, Surita berkata mahkamah mengambil kira fakta kes, mitigasi serta faktor kepentingan awam yang melebihi kepentingan tertuduh dan memerintahkan PU Azman menjalani sesi kaunseling selain pengawasan polis masing-masing selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Pendakwah itu dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan bagi tiga pertuduhan serta lima tahun penjara dan satu sebatan bagi satu lagi pertuduhan namun diarah menjalani hukuman pemenjaraan secara serentak dari tarikh beliau diikat jamin iaitu pada 9 Okt lepas.
PU Azman didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di sini antara 8.30 malam hingga 5 pagi pada 5 Feb dan 6 Julai 2022 mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi, Nurul Balkis Zunaidi dan Norazihah Asmuni manakala PU Azman diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad serta Fahmi Adilah.
Terdahulu, Mohamad Zahid memohon anak guamnya dijatuhi hukuman paling minimum atas alasan beliau mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan sebelum perbicaraan selesai yang menjimatkan masa mahkamah.
“Beliau merupakan seorang pendakwah selebriti dan menyampaikan kuliah agama di seluruh negara. Punca pendapatannya juga hanya berdasarkan kepada perkongsian ilmu agama yang ada dan beliau telah memohon maaf serta insaf atas kesilapan itu.
“Beliau juga telah berada di penjara sejak 27 Sept lepas hingga kini bagi kes di Mahkamah Klang dan ini merupakan kesalahan pertama serta tidak pernah disabitkan dengan kesalahan lain sebelum ini,” katanya sambil menambah PU Azman adalah seorang duda.
Rashyidah Murni pula memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran ke atas tertuduh, mengambil kira kesalahan seksual yang dilakukan itu adalah serius selain perlu dikenakan pengawasan dan diberi bimbingan kaunseling.
“Tertuduh merupakan pendakwah selebriti dan perbuatan tersebut tidak harus dillakukan oleh pendakwah sepertinya terhadap kanak-kanak,” katanya.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan terhadap PU Azman selepas beliau didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas manakala Mahkamah Majistret Klang pula menjatuhi hukuman penjara 14 bulan selepas pendakwah itu mengaku melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.