Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA TUDM MAUT PESAWAT HAWK TERHEMPAS

DALAM NEGARA

ANGGOTA TUDM MAUT PESAWAT HAWK TERHEMPAS

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut selepas pesawat Hawk dinaikinya bersama seorang lagi anggota terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.

TUDM dalam kenyataannya memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 10.07 malam ketika pesawat terbabit sedang melaksanakan latihan penerbangan.

Menurut TUDM jenazah Kapten Mohamad Affendi telah diuruskan untuk tindakan lagi.

Seorang lagi anggota yang terlibat dalam kemalangan itu, Mejar Mond Fareez Omar dilapor cedera dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

“Beliau berada dalam keadaan selamat dan stabil,” kata kenyataan TUDM.

Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai insiden dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga anggota berkenaan diutamakan.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung inside kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” kata TUDM.

Lembaga Sisatan Terperinci akan ditubuhkan TUDM berhubung insiden tersebut. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading