Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA DIJANGKA HADAPI GELOMBANG BAHARU COVID-19

DALAM NEGARA

MALAYSIA DIJANGKA HADAPI GELOMBANG BAHARU COVID-19

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 pada Disember depan.

Itu amaran yang diberikan oleh seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh, Dr Azfar Kamal menerusi ciapan di Twitternya.

Jelasnya, lonjakan kes akan berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang sementara pusat COVID-19 sedang melakukan persediaan bagi menghadapi gelombang baharu.

“Wad dan unit rawatan rapi (ICU) hospital kembali dipenuhi oleh pesakit COVID-19 kategori empat dan lima.

“Tolong amalkan prosedur operasi standard (SOP), basuh tangan dan jaga jarak selain memakai pelitup muka sepanjang masa. Bagi mereka yang bakal ke luar negara, dapatkan dos penggalak segera. Jaga diri,” katanya.

Kes baharu positif COVID-19 kembali meningkat sejak kebelakangan ini dipercayai susulan aktiviti merentas negeri selain banyak sektor dibenar untuk beroperasi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading