Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TERENGGANU HARAP TIADA PASANGAN NEGERI ITU TERLIBAT KHIDMAT ‘LEBAI LOH’

DALAM NEGARA

TERENGGANU HARAP TIADA PASANGAN NEGERI ITU TERLIBAT KHIDMAT ‘LEBAI LOH’

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu meminta pasangan yang berkahwin menggunakan khidmat sindiket nikah tanpa tauliah yang dikenali sebagai ‘Lebai Loh’ tampil ke jabatan agama negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata setakat ini tiada kes melibatkan sindiket itu dikesan di negeri itu.

“Kita harap tiada pasangan di negeri ini terjebak dengan khidmat berkenaan.

“Kemudahan yang disediakan termasuk penganjuran resepsi walimatulurus perdana diharap memudahkan pasangan memilih untuk berkahwin menggunakan khidmat jurunikah bertauliah di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman siang tadi.

Terdahulu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menumpaskan sindiket nikah haram didalangi individu digelar ‘Lebai Loh’, yang dipercayai menguruskan perkahwinan tanpa tauliah di Thailand.

Pengarah JHEAIK, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, ‘Lebai Loh’ seorang bekas imam ditahan dalam serbuan di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai pada 28 Oktober lalu.

Berdasarkan siasatan sindiket yang menguruskan perkahwinan di Thailand itu didapati tiada kelayakan sebagai wali hakim di negara ini dan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading