KANAK-KANAK MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 16

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Selangor.

Kejadian berlaku kira kira jam 10 pagi tadi ketika mangsa dan adiknya berusia 4 tahun berada di rumah bersama makcik yang menjaga mereka.

Ibu kanak-kanak berkenaan yang juga ibu tunggal dipercayai tiada di rumah kerana bekerja.

Difahamkan juga ibu mangsa akan melangsungkan pernikahan pada Jumaat ini.

Mangsa ditemui di tingkat dua blok kondominium berkenaan dan mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply