PELAJAR TINGKATAN LIMA NYARIS MAUT TERJUN BANGUNAN SEKOLAH

KULAI: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun nyaris maut selepas dipercayai terjun tingkat empat bangunan di sebuah sekolah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang guru lelaki memaklumkan insiden itu, jam 1.26 petang, Selasa lalu.

“Kejadian berlaku selepas pelajar Tingkatan Lima itu selesai ujian peperiksaan yang kemudiannya dia pergi ke koridor bangunan sekolah tingkat empat sebelum bertindak terjun dari bangunan itu yang dianggarkan berketinggian kira-kira 40 meter.

“Pihak sekolah yang menghubungi ambulans dan pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya pelajar perempuan itu mengalami pendarahan di bahagian kepala dan muka selain kedua-dua tangannya turut patah, serta mengalami kecederaan dalaman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. –AlHijrah Online

Leave a Reply