POLIS TAHAN IBU SAUDARA KANAK-KANAK MAUT TERJATUH DI SELAYANG

KUALA LUMPUR: Ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Selayang, semalam, ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis Zainal Mohamed Mohamed, penahanan wanita berumur 36 tahun itu untuk membantu siasatan.

Katanya suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal Mohamed berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.

Semalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu, selepas didapati tiada di dalam biliknya. –AlHijrah Online

Artikel berkaitan – KANAK-KANAK MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 16

Leave a Reply