Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu memohon maaf tanpa syarat kerana didakwa memfitnah beliau berhubung penerimaan gaji RM1 ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor dalam satu rakaman video.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu memohon maaf tanpa syarat kerana didakwa memfitnah beliau berhubung penerimaan gaji RM1 ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor dalam satu rakaman video.
Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menuntut Ahmad Amzad meminta maaf kerana mempertikai pengampunan yang diperoleh bagi sabitan kes beliau.
Tuntutan permohonan maaf itu dinyatakan dalam notis dihantar oleh Tetuan SN Nair & Partners, yang mewakili Anwar, 75, kepada Ahmad Amzad hari ini.
Peguam Datuk SN Nair ketika dihubungi mengesahkan telah menghantar notis itu kepada Ahmad Amzad melalui pos.
Menurut Nair, anak guamnya menuntut agar video mengenai beliau di aplikasi TikTok di bawah nama @nelly3868 dan perkataan memfitnah ditarik balik selain memadam atau menarik balik segala komen yang menyinggung perasaan serta bersifat fitnah.
Beliau berkata Ahli Parlimen Tambun itu juga menuntut aku janji bertulis daripada Ahmad Amzad untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam video tersebut selain ganti rugi.
“Sekiranya anak guam saya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh lima hari daripada tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memohon suatu perintah injunksi dan meneruskan tindakan perundangan terhadap Ahmad Amzad,” katanya.
Notis tuntutan itu mendakwa pada 7 Dis lepas, Ahmad Amzad mengungkap atau menyebabkan penerbitan video tersebut yang telah mendapat tontonan lebih 2,928 kali, melebihi 45 komen, lebih 87 butang ‘like,’ melebihi 10 kali butang ‘favourite’ dan 21 kali perkongsian setakat tarikh notis berkenaan.
Nair mendakwa video dan kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud Anwar seorang pembohong, cenderung kepada perlakuan songsang dan telah mengguna pakai cara tidak sah untuk dibebas serta dilepaskan daripada sabitan jenayah.
Peguam itu berkata Anwar menegaskan video dan kata-kata fitnah itu adalah tidak benar serta dibuat untuk merendahkan maruah beliau selain telah dirancang untuk memburukkan reputasinya.
“YB Ahmad Amzad juga telah mengaibkan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan telah mencabar proses dan keputusan pengampunan penuh oleh YDPA dalam membebaskan, melepaskan dan membersihkan kesemua rekod jenayah dan sabitan lampau anak guam kami,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.