Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TERIMA EMPAT LAPORAN DAKWAAN FASILITATOR KEM MOTIVASI KASARI MURID

DALAM NEGARA

POLIS TERIMA EMPAT LAPORAN DAKWAAN FASILITATOR KEM MOTIVASI KASARI MURID

Pihaknya menerima laporan pada Selasa lepas berhubung dakwaan murid dikenakan tindakan fizikal seperti disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual serta dipukul dengan penyapu. 

KUALA LUMPUR: Polis menerima empat laporan daripada ibu bapa murid yang mendakwa anak mereka dikasari ketika menghadiri kem motivasi di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata pihaknya menerima laporan pada Selasa lepas berhubung dakwaan murid dikenakan tindakan fizikal seperti disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual serta dipukul dengan penyapu.

Beliau berkata siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan setakat ini tiada tangkapan dibuat. 

“Semua pihak termasuk penganjur kem motivasi akan dipanggil bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 60 murid Tahun Lima yang menghadiri kem dua hari dikendalikan sebuah badan bukan kerajaan, pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan menangis selepas menyertai kem motivasi tersebut.

Peserta kem itu turut mendakwa fasilitator berkenaan turut melakukan kekasaran dengan mencekik dan menolak ke dinding serta dipukul dengan penyapu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading