ARAB SAUDI SUMBANG KURMA, AL-QURAN DAN TAJAAN MAJLIS BERBUKA PUASA
Kerajaan Arab Saudi hari ini menyampaikan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul AziI Al-Saud kepada umat Islam di Malaysia sempena bulan Ramadan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menerima sumbangan kurma daripada Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur Dr Saleh Ali Ismail Bedaiwi (kanan) pada program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul AziI Al-Saud di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan Arab Saudi hari ini menyampaikan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kepada umat Islam di Malaysia sempena bulan Ramadan.
Kerajaan Arab Saudi turut berkenan menyampaikan sumbangan 17,000 naskhah al-Quran serta menaja majlis berbuka puasa nasi mandy ayam untuk 15,000 orang.
Sumbangan itu disampaikan Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur Dr Saleh Ali Ismail Bedaiwi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di sini hari ini.
Mohd Na’im dalam ucapannya berkata Malaysia amat bertuah kerana sentiasa mendapat ruang dan dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk pelaksanaan program itu.
“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan sentiasa mendoakan agar baginda sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan serta keberkatan daripada Allah,” katanya.
Malaysia telah menerima sumbangan di bawah program hadiah berkenaan sejak lebih 20 tahun lepas.
“Saya sentiasa mendoakan supaya hubungan akrab antara kedua-dua negara, Malaysia dan Arab Saudi, akan terus diperkukuh silaturahim seperti yang dikehendaki oleh agama,” katanya.
Beliau berkata pengagihan sumbangan kerajaan Arab Saudi itu akan diuruskan oleh pelbagai pihak yang diselaras oleh Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Pejabat Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi di Luar Negara merangkap Pemangku Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur Syaikh Abdul Wahab Abdullah Al-Qahtan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked