Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS MUNGKIN DEDAH PELAN DAMAI SEBELUM SELASA, KATA TRUMP

DUNIA

AS MUNGKIN DEDAH PELAN DAMAI SEBELUM SELASA, KATA TRUMP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mungkin mendedahkan pelan damai Timur Tengah yang ditunggu-tunggu selama ini, menjelang lawatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu minggu depan, lapor agensi berita Anadolu memetik Presiden Donald Trump pada Khamis.

Terdahulu, Rumah Putih berkata presiden mempelawa Netanyahu dan saingan politiknya Benny Gantz untuk melawat Washington, di tengah-tengah laporan mengatakan pelan damai Trump akan didedahkan.

Trump berkata beliau percaya pelan damai itu boleh dilaksanakan dan telah berbincang dengan rakyat Palestin “secara ringkas.”

“Kami telah berbincang dengan mereka secara ringkas.Tetapi kami akan berbincang lagi. Saya yakin mereka mungkin akan bertindak balas secara negatif pada mulanya, tetapi ia sebenarnya sangat positif untuk mereka.”

“Ia satu pelan yang baik. Satu pelan yang benar-benar berkesan,” katanya.

Channel 12 Israel berkata rancangan Trump akan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas hampir semua penempatan di Tebing Barat yang diduduki. Penempatan itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

Ia akan meluaskan lagi sempadan Israel yang diiktiraf AS ke timur wilayah Palestin dan kedaulatan rejim Zionis itu di seluruh Baitulmaqdis.

Pelan itu juga dilaporkan hanya akan mengiktiraf negara Palestin yang bebas kemudiannya, tetapi pegawai Palestin tidak mungkin menerimanya. Channel 12 melaporkan ia turut menuntut pelucutan senjata oleh Hamas dan Palestin mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Jika pelan itu didedahkan minggu depan, ia berlaku di tengah-tengah Trump sedang menghadapi perbicaraan mengenai pemecatannya dan Netanyahu berdepan pertuduhan rasuah. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading