Masjid Tepian Putra menyediakan jurubahasa di satu sudut khas untuk jemaah OKU pendengaran ketika solat Jumaat.
KUANTAN: Menyedari kekurangan golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang tidak memahami isi khutbah Jumaat yang diberikan secara lisan, Masjid Tepian Putra di sini mengambil inisiatif menyediakan khidmat jurubahasa isyarat khusus bagi membantu golongan istimewa itu.
Usaha yang bermula sejak tahun 2015 itu terhenti kira-kira dua tahun akibat COVID-19, namun diteruskan kembali selepas penularan jangkitan tersebut semakin terkawal.
Inisiatif itu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada masjid tetapi turut menarik perhatian jemaah golongan OKU pendengaran untuk hadir menunaikan solat Jumaat di sini.
Muhammad Nidzam Shariff Fudin, 38, guru di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pendengaran Indera Mahkota Kuantan diberi amanah menjadi jurubahasa teks khutbah yang disampaikan khatib.
Beliau akan berada di satu sudut khas yang disediakan pihak pengurusan masjid bersama golongan istimewa itu.
Sebelum khutbah bermula, Muhammad Nidzam akan memahami teks khutbah sebelum menterjemah isi kandungan khutbah.
Beliau dalam pada itu berharap masjid lain dapat menyediakan khidmat jurubahasa isyarat supaya lebih ramai jemaah OKU pendengaran dapat hadir solat Jumaat.
Muhammad Nidzam Shariff Fudin
“Sebagai orang Islam, ini adalah fardu kifayah. kita pun nak mereka yang OKU pendengaran ni faham apa yang khatib sampaikan, takkan kita sahaja yang nak masuk syurga,” katanya.
Sementara itu, Mohamad Firdaus Mar Resid, jemaah OKU pendengaran yang ditemui bersyukur kerana ada masjid prihatin dengan keperluan mereka.
“Saya sangat bersyukur dan gembira sebab bila ada jurubahasa ni memang sangat membantu kami memahami khutbah Jumaat, berbanding duduk sahaja dan membaca teks sendiri,” katanya.
Mohamad Firdaus Mar Resid (kanan)
Seorang lagi jemaah OKU pendengaran yang ditemui, Mohamad Azrul Anuar Mohammad Hoe berkata, dia berharap inisiatif ini turut dilakukan masjid lain kerana ia memudahkan golongan mereka untuk lebih memahami khutbah yang disampaikan khatib.
“Setakat ni, masjid ni sahaja di Pahang yang saya tau ada sediakan jurubahasa untuk khutbah Jumaat, jadi saya harap banyak lagi masjid boleh ikut inisiatif ini,” katanya.
Mohamad Azrul Anuar Mohammad Hoe (kanan)
Difahamkan, antara inisiatif lain yang diambil pengurusan Masjid Tepian Putra ialah mengadakan kelas fardu ain kepada golongan istimewa ini dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Pahang. –AlHijrah Online | Mohammad Sofiyyuddin Sarani
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked